Thursday, 22 December 2011

...~Kecantikan lelaki dan kegagahan wanita~...


Image

Kecantikan Lelaki


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik, adalah: -

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah: -

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :
"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."



!

Wednesday, 14 December 2011

@ sahabat sejati beri manfaat dunia dan akhirat @

Islam sedia panduan pilih rakan, elak mereka yang bawa kemungkaran
ukhuwah

PERUMPAMAAN Melayu menyatakan ‘sahabat baik umpama pohon rendang‘ membawa maksud rakan karib sanggup bersama ketika susah dan memberi bantuan tanpa mengira masa atau keadaan.
Justeru, Islam sentiasa menasihatkan umatnya berhati-hati memilih sahabat bagi mengelak berkawan dengan mereka yang membawa kemungkaran.

Firman Allah yang bermaksud:
“Janganlah engkau mengikut orang yang sudah Kami lupakan hatinya untuk mengingati (berzikir) pada Kami dan ia suka mengikut hawa nafsunya.” (Surah Kahf, ayat 29)
Jika kita memilih sahabat yang terlalu cintakan dunia dan mementingkan hawa nafsunya, ia merugikan terutama apabila kita turut terpengaruh dengan sikapnya. Oleh itu, pilih sahabat yang membimbing ke arah hidup lebih baik mengikut syariat agama.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Seseorang menurut agama (aturan) kekasihnya, oleh sebab itu baiklah seseorang daripada kamu semua itu meneliti orang yang dikasihinya.”
Sifat perlu ada pada seseorang yang ingin kita jadikan sahabat bolehlah dicontohi daripada wasiat al-Qamah kepada anaknya.
Katanya: “Hai anakku, jika engkau perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka pilih yang mempunyai sifat jika engkau melayaninya ia suka melindungi, jika engkau bersahabat dengannya, ia akan menjadi hiasan bagi dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu.

“Pilih sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganmu untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, jika ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menghitung dan dianggapnya sangat berguna, sedangkan jika ia mengetahui keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya.

“Pilih sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jika engkau diam, ia mulai menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankan, ia suka membantu dan meringan kamu serta menghiburmu.

“Pilihlah sahabat yang jika engkau berkata, ia sukar membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayainya saja, jika engkau mengemukakan sesuatu persoalan berat, ia suka mengusahakannya, sedang jika engkau berselisih dengannya, ia suka sekali engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu.”

Saidina Ali menyatakan: “Sahabat yang sebenar-benarnya ialah orang yang di sampingmu. Ia suka membabitkan dirinya dalam bahaya demi untuk kesejahteraanmu.”

Saidina Ali membuktikan katanya dengan mengambil alih tempat tidur Rasulullah SAW ketika Baginda dan Saidina Abu Bakar merancang untuk berhijrah ke Madinah.
Walaupun Saidina Ali tahu risiko bakal dihadapinya kerana pemuda Quraisy bercadang menyerbu rumah Rasulullah SAW dan membunuh Baginda, Saidina Ali sanggup menghadapi bahaya itu semata-mata atas dasar kepentingan keselamatan sahabatnya.

Contoh persahabatan lain yang boleh diteladani ialah antara Saidina Abu Bakar dengan Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar sentiasa mempercayai dan mengiyakan apa yang Rasulullah SAW katakan.
Ketika Rasulullah SAW menceritakan perjalanan Israk dan Mikraj kepada orang Makkah, mereka tidak mempercayai cerita Rasulullah SAW, malah menuduh Baginda pembohong. Mereka berjumpa Saidina Abu Bakar untuk bertanya jika cerita itu benar atau sebaliknya.
Apabila Saidina Abu Bakar mendengar pertanyaan mereka, dengan tenang beliau bertanya: “Apakah benar Rasulullah SAW bercerita begitu”. Mereka menjawab ‘ya’. Maka tanpa ragu-ragu Saidina Abu Bakar menyatakan apa yang Rasulullah SAW katakan benar.
Sepanjang perjalanan dari Makkah ke Madinah, Saidina Abu Bakar sentiasa berada di depan dan di belakang Baginda SAW. Apabila Baginda bertanya hal ini,
 Saidina Abu Bakar menjawab:
“Aku berjalan di depanmu untuk memilih jalan yang baik selamat sementara aku berjalan di belakangmu untuk menjaga keselamatan daripada serangan musuh yang mengejarmu.”
Perhatikan nasihat Abu Sulaiman mengenai pentingnya memilih sahabat seperti yang dianjurkan Islam. Katanya: “Jangan sekali-kali engkau bersahabat melainkan salah satu daripada dua orang ini. Pertama, orang yang dapat engkau ajar bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur dan kedua, orang yang dijadikan sahabat itu dapat menambahkan kemanfaatan dirimu untuk akhiratmu.
Jika engkau suka bersahabat dengan orang yang selain dua orang ini, maka pastilah engkau memiliki kebodohan yang luar biasa besarnya.”

~>Dimanakah Subuh kita setiap hari..??<~

Cetusan Suara Subuhan
 Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
“Assalamualaikum”, seru Subuh.
“Wa’alaikumsalam”, sahutku.
Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
“Tadi..”, kata Subuh dengan sayu, “… aku baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu.” Dan airmata Subuh pun berlinangan.
“Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.
“Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka”.
Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.
“Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam”,cadangku pada Subuh.
Subuh menolak dengan hormat. “Roti itu ada tuan punyanya”, kata Subuh.
“Adakah kau mahu manisan Zikir?” rayuku pada Subuh.
“Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan”, pinta Subuh.
Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.
“Subuh ..”, seruku, “… mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh”. Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.“Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu”.Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. “Subuh”,.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, “Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?”
“InsyaAllah”, jawab Subuh,”… bukankah aku kekasih yang kau rindui?”Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.
“Assalamualaikum”, seru Subuh.
“Waalaikumsalam”, jawabku kembali.
Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.
P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak?
Jawapannya… tersirat dalam diri.

..Bukan sahaja 'cinta sampai syurga' tapi 'kwan sampai syurga'..


Bukan ‘cinta sampai syurga’ tapi ‘kawan sampai syurga’ juga
Semua orang ada teman. Semua orang juga boleh menjadi teman. Namun, bolehkah kita menjadi seorang teman yang baik? Seorang teman yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.
Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat, “Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? Baginda s.a.w. menjawab (dengan maksud), “Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya”.
Sahabat bertanya lagi, “Apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?” Baginda s.a.w. membalas (dengan maksud), “Dia adalah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah s.w.t. malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat.”

Tanpa mereka mungkin sukar bagi kita dalam kehidupan ini. Teman kita yang akan membantu apabila dalam kesulitan dan kesusahan. Teman kita yang menjadi pendorong kepada kita dalam perjuangan. Teman inilah yang berkongsi suka duka bersama-sama dengan kita. Dan kawanlah yang membentuk diri kita.
Berbalik daripada hadith tadi, cuba kita tanya diri kita. Siapakah sahabat kita sekarang?

Mungkin kita ramai kawan di luar sana. Di universiti, di kampung, di Facebook, di mana-mana sahaja. Tapi, dalam seramai kawan kita itu, berapa ramaikan yang benar-benar merupakan sahabat kita yang sejati?

Teman sejati bukanlah mereka yang sentiasa berada di samping kita. Tetapi teman yang baik adalah teman yang sering mengajak kita untuk melakukan amal kebajikan.

Teman yang baik juga saling tegur-menegur bukan kerana untuk menunjuk kepandaiannya tetapi bimbang akan sahabatnya daripada terjerumus kepada dosa dan kemurkaan Allah Ta’ala.

Renungilah dan hayatilah bagaimana Rasulullah s.a.w. mengajar kita mencari seorang sahabat yang sejati.

Betapa Allah Taala memuliakan sebuah persahabatan sehingga menjadi suatu yang diirikan oleh golongan para Nabi a.s. dan para syuhada.

Syaratnya, persahabatan yang terjalin hendaklah di atas landasan iman dan taqwa. Kasih sayang antara mereka adalah untuk masing-masing melihat pembentukan diri yang dihalatujukan untuk memperoleh keredhaan Yang Maha Esa.
Cubalah kita cerminkan kembali kepada diri kita. Adakah insan yang rapat dan hampir dengan kita memiliki ciri-ciri sepertimana yang diajar oleh Allah Ta’ala dan rasul-Nya? Atau adakah diri kita sendiri yang merupakan sahabat kepada orang lain turut memiliki ciri-ciri ini?
Renungi diri kita, adakah selama kita berkawan dengan mereka, pembinaan diri kita dari segi ilmu, akhlak dan segenap aspek kehidupan kita hanya ditujukan untuk mendapat keredhaan-Nya atau adakah sebaliknya?
Bukan Sukar Untuk Mencari Seribu Sahabat, Namun Bukan Senang Untuk Mencari Sahabat Sejati.

NH @!N $@L!M : “pernahkah teman mengingatkan kita supaya segera solat dan kebaikan segera bersolat setiap kali azan dikumandangkan??
rEnUnG-rEnUnGkAnLaH... =)

Tuesday, 6 December 2011

Allah sentiasa menjaga ukhuwah kita, Yakinlah!!


Tahukah sahabat apa itu ukhuwah?

Pada saya, ukhuwah itu satu bentuk hubungan, berpaksikan keimanan kepada Allah SWT.
Dan dalam ukhuwah ini, segala pengorbanan dilakukan tanpa teragak-agak, hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT tanpa mengharapkan apa-apa pembalasan.
MasyaAllah. Indahnya ukhuwah.
Inilah apa yang kita pegang. Inilah apa yang kita percaya. Maka sahabat,

Menyayangi sahabat, tidak perlukan apa-apa alasan lain kecuali...

“Saya sayang sahabat semua, kerana Allah SWT.”
Benar. Kerana Allah SWT. Kita tak perlukan alasan lain.
Bukan perhatiannya yang kita kejar. Bukan hartanya yang menjadi sebabnya. Bukan juga kerana latar belakangnya.
Ini ialah nasihat untuk diri saya, juga sahabat yang lain. Sama-sama kita ambil iktibar.

Sabda Rasulullah saw;

“Tidak sempurna iman seseorang, selagi dia tidak menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri.”

Mari kita sama-sama renungkan kembali. Tujuan kita bersahabat, tujuan kita berukhuwah.
Sebenarnya apa yang kita mahukan daripada hubungan itu?
Redha Allah.
Benar. Dan redha Allah itu, hanya apabila ukhuwah kita berpaksikan keimanan kepada Allah SWT. Bagaimana itu?

Sahabat,
Kita berukhuwah, dengan meletakkan penilaian ukhuwah itu pada Allah. Bukan kita.
Maksud saya, biarlah Allah yang menilai ukhuwah kita. Bukan tugas kita, sama ada mahu menentukan ukhuwah ini sempurna atau tidak.
Apa yang cuba saya sampaikan untuk diri saya juga sahabat ialah, kita terus berukhuwah tanpa meminta balasan. Kita teruskan sahaja berukhuwah, biarpun dia menolak kita, biarpun dia membuang kita, sekalipun dia kita rasakan seperti tidak mengenang budi kita, tapi kita perlu tahu – Allah sahaja yang Maha Mengetahui, Dia lebih layak untuk menilai ukhuwah kita.
Jadi apa yang perlu kita lakukan?
Teruskan berukhuwah.
Namun bagaimana jika dia seolah-olah tidak mahu meneruskan ukhuwah dengan kita? Bagaimana, jika pihak dia tidak memberikan respon ukhuwah kepada kita kembali?
Saya juga dihantui persoalan ini. Namun mata saya terbuka, setelah saya membaca buku Fazkuru karya Hilal Asyraf..
Melalui buku itu, saya tahu satu perkara, untuk kita sama-sama pegang.
Ukhuwah kita dengan dia, ialah tanggungjawab kita kepada Allah. Ukhuwah dia dengan kita, itu tanggungjawab dia dengan Allah.
Pokoknya, teruskan bersahabat.
Biarlah jika dia tidak mahu berukhuwah dengan kita.
Biarlah jika dia mengelak daripada kita.
Biarlah jika dia membuang kita sekalipun.
Itu tanggungjawabnya dengan Allah. Tanggungjawab kita dengan Allah, inilah yang perlu kita laksanakan.
Sabda Rasulullah SAW daripada Abdullah bin Amru;

“Sesiapa yang hendak selamat daripada api neraka dan masuk syurga, dia perlu mati dalam keadaan betul-betul yakin kepada Allah dan hari akhirat, serta berurusan secara baik dengan orang lain sebagaimana dia mengharapkan orang lain berurusan secara baik dengannya.” (Hadith riwayat Muslim)
Ada banyak perkara yang boleh kita lakukan, demi manjaga ukhuwah kita.
Kita boleh menunjukkan teladan yang baik kepada dia, mengamalkan qudwah qabla dakwah.
Sabda Rasulullah SAW daripada Abu Darda’ ra;

“Tidak ada yang paling berat timbangannya melainkan akhlak yang baik” (Hadith riwayat Tirmizi)
Kita boleh mendoakan kebaikan untuk dia. Doa seorang sahabat, tidak sedikitpun dihijab Allah.
Kita boleh menasihatinya, di samping mendengar nasihatnya. Hidup saling menasihati, kerana manusia itu fitrahnya saling melengkapi.
Sabda Rasulullah SAW;

“Apabila seseorang daripada kamu meminta nasihat maka hendaklah kamu menasihatinya.”
Kita juga boleh mengajak dia melakukan kebaikan sama-sama, beramai-ramai. Saya mendengar daripada Tanyalah Ustaz, Ustaz Kazim Elias mengatakan bahawa kebaikan itu, kita akan lebih bersemangat (punya ruh) jika dilakukan secara berjemaah.
Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 125;

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (tentang apa yang diserukan itu) dengan cara yang lebih baik.”
Oleh itu usahlah kita berdendam atas kesilapan lalu. Mari kita, sama-sama eratkan ukhuwah kita. Kerana kita tahu dan yakin,
Allah akan sentiasa menjaga Ukhuwah kita
Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 103;

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hati kamu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.”
Allah akan sentiasa menjaga ukhuwah kita, selagi mana kita berpegang teguh pada tali agama Allah.
Yakinlah, Dia sekali-kali tidak pernah memungkiri janji.
Takdir Allah itu, dihujung usaha manusia.
Firman Allah dalam surah ar-Rad ayat 11;

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...”
Dan bukankah Allah itu Maha Berkuasa? Yakinlah padaNya, kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita, dan kekuasaanNya adalah tak terbatas.
Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 29;

“Katakanlah, Jika kamu sembunyikan apa yang ada di hatimu atau kamu nyatakannya, Allah pasti mengetahuinya. Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”
Oleh itu mari kita sama-sama muhasabah diri agar tidak bertindak mengikut emosi yang merenjat kewarasan akal kita.
Firman Allah dalam surah Luqman ayat 33;

“Maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan jangan pula kamu diperdayakan oleh ajakan dan bisikan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.”

Sama-sama kita mohon perlindunganNya, agar dieratkan ukhuwah kita. Mari kita, sama-sama berdoa;
"Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang-orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya. kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akn jalanNya yang sebenar. Penuhknlh (piala) hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar) tentangMu. (Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.”

Amiin... mari kita, sama- amalkan doa rabitah ini.
Semoga ukhuwah kita sentiasa dijagaNya. Yakinlah.
Pasti. insyaAllah.

Kenapa Aku Malas Sembahyang..??

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku jasad siap bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang,


Kenapa aku malas sembahyang,
Kerja dah 'best' keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu pun aku tak boleh luang,


Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku otak supaya tak bingung,
Allah bagi aku ilmu boleh fikir susah senang,
Allah bagi nikmat kenapa aku tak kenang,


Kenapa aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup main sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apalah aku ingat boleh suka-suka je masuk syurga,


Kenapa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena seksa sorang-sorang,


Kenapa aku malas sembahyang,
Siksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah SWT akan tertunai tiada siapa boleh halang,


" Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan "

Monday, 5 December 2011

Doa sebelum ke laman sosial (facebook, twitter dll)

* Doa elak fitnah fb?twitter ciptaan kafir untuk hancurkan umat dalam diam.
فقا لو ا على الله توكلنا ربنا لا تجعلنا فتنه للقوم الظالمين(٨٥) ونجنا برحمتك  من القوم الكافرين(٨٦)
(Surah Yunus: 85-86)
maksudnya:
(85) lalu mereka berkata,"Kepada Allah-lah kami bertawakal. Ya Tuhan kami, janganlha engkaun jadikan kami (sasaran) fitnah bagi kaum yang zalim,
(86) dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari orang-orang kafir."

* Doa elak terjebak fitnah wanita, hubungan bebas dengan ajnabi.
وراودثه التي هو في بيتها عن نفسه وغلقت الأبواب وقالت هيت لك .ج قال معاذ الله، إنه ربي أحسن مثواي، إنه لا يفلح الظالمون(٢٣)
(Surah Yusuf: 23)
maksudnya:
 (23) Dan perempuan yang dia (Yusuf) tinggal dirumahnya menggoda dirinya. Dan dia menutup pintu-pintu, lalu berkata,"Marilah mendekat kepadaku." Yusuf berkata,"aku berlindung kepada Allah, sungguh, tuanku telah memperlakukan aku dengan baik." Sesungguhnya orang yang zalim itu tidak akn beruntung.

* Doa elak termakan hasutan syaitan dengan sebar dusta, fitnah, caci maki, pemutus silaturrahim.
وقل رب أعو ذ بك من همزات الشياطين(٩٧) وأعو ذ بك رب إن يحضرون(٩٨)
(Surah Al-mu'minun: 97-98)
maksudnya:
(97) Dan katakanlah,"Ya Tuhanku, aku berlindung kepada Engkau dari Bisikan-bisikan Syaitan,
(98) dan aku berlindung (pula) kepada Engaku ya Tuhanku, agar mereka  tidak mendekati aku."






Monday, 21 November 2011

Sahabat Menuju ISLAM

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang- pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’
DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat Yang Tamak:
ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
Sahabat Hipokrit:
ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
Sahabat Pengampu:
Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
Sahabat Pemboros dan Suka Hiburan:
ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.



Sunday, 20 November 2011

ukhuwah fillah abadan abada...

 

بسم الله الرحمن الرحيم ...
mengimbas kembali ukhuwah yang terjalin antara saya dan sahabat2... bukan kerana sahabat saya tu cantik, pandai ataupun orang yang berada.... tetapi ia adalah amanah daripada Allah supaya kita sama2 menuju kepada-Nya sebagai hamba yang benar2 menjadi hamba.... ada pahamkah?

cuba kita semua hayati lirik nie... mengingatkan saya pada kenangan pahit dan manis dalam menjalinkan silaturahim sesama insan... bukan senang untuk memenangi hati seseorang... apatah lagi kalau kita berhajat untuk mengajak sahabat kita ke arah kebaikan dan kebenaran... 'Bingkisan Rindu'.... from, Fareast...

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa



Sudah bertahun lama

Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa





Kirimkan khabar selalu

Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu





Pantas masa berlalu

Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita





Potret lama masih kusimpan

Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian





Oh perjalanan kita masih jauh

Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu





Padaku engkau penghibur duka

Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya





Antara kita tiada rahsia

Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa


Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu



Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu


tamat.... persoalannya sekarang, atas dasar apakah kita menjalinkan ukhuwah sesama manusia? kecantikan? kekayaan? kepandaian? ataupun keistimewaan yang ada padanya? ada sesuatu yang anda perlu tahu... seandainya anda bersahabat kerana keistimewaan sahabat anda, usahlah anda berharap bahawa ukhuwah yang terjalin akan berkekalan.... sebab... nobody perfect! simple kan?

sebenarnya ukhuwah adalah satu ikatan cinta sesama manusia yang amat suci... Allah amanahkan kepada kita untuk berpesan-pesan kepada kebaikan... ingat kalau kita cukup solat 5 waktu, puasa tak pernah tinggal... dah terjamin ke syurga untuk kita? banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk menuju keredhaan Allah... seseorang itu dikira beriman seandainya dia melakukan amar ma'ruf nahi mungkar...

dan... kita tahu amar ma'ruf nahi mungkar adalah wajib bagi setiap individu yang bergelar muslim... jadi, peranan kita sebagai sahabat adalah bersama-sama melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar... bukannya sama-sama menjebakkan diri kita dalam kemurkaan Allah... boleh tangkap maksudnya tak?

kalau kita benar2 sayang sahabat kita... ajaklah dia menuju syurga Allah bersama kita... atas dasar keimanan kepada Allah yang maha esa... tak semestinya kena jadi pendakwah ataupun ulama baru boleh ajak kepada kebaikan... bahkan sebenarnya menjadi kefarduan untuk kita menyeru kepada kebaikan dan kebenaran...

kat akhirat nanti pun akan dipersoalankan... ustazah Azuraida parnah kata yang hubungan sesama manusia pun dipersoalkan sewaktu kita meniti titian sirat... pada peringkat yang ketujuh, di mana tanggungjawab kita dalam hubungan sesama manusia disoal... Imam Al-Ghazali pernah berkata bahawa pada peringkat inilah banyak manusia yang jatuh ke dalam neraka...

peringatan buat sahabat2 pembaca... dan terutamanya buat diri saya yang serba kekurangan dan kelemahan... maafkanlah andai ada hati yang pernah terluka sepanjang persahabatan yang terjalin... terimalah kekurangan dan kelemahan saya seadanya kerana saya adalah seorang hamba yang lemah dan hina....

Monday, 7 November 2011

_kEsAbArAn HaTi_

Orang yang sabar adalah orang tidak pernah menyalahkan apa yang terjadi dalam kehidupan nya. Orang yang sabar adalah orang yang dapat melembutkan hati orang lain..contohnya dalam berpasangan, semestinya orang yang sabar memujuk pastinya akan lebih disayangi dan dihormati..betul tak??

Kesabaran juga dapat mendewasakan pemikiran seseorang..Contohnya,kalau kita berada dalam situasi pergaduhan…orang yang sabar takkan main tarik2 rambut..takkan main aci sepak jer..orang yang sabar hanya diam dan menegakkan kebenaran dengan cara yang betul. Orang yang sabar dapat menghapuskan seribu amarah didalam hatinya.
Begitu juga apabila kita berasa “down” terhadap apa yang kita lakukan..sabar dan yakinlah..yang pasti ada hasilnya nanti. Untuk menjadikan diri kita seorang penyabar..kita hendaklah pandai mengawal emosi. Contohnya apabila berada dalam keadaan marah, cuba2lah amik wuduk,beristigfar banyak2, jangan nak baling barang2 jer kejenyer..tak de pekdah namanyer..dan yang paling penting bertahan dalam senyuman..tapi jangan senyum tak tentu arah pulak..kang tak pasal2 orang cop baru kuar hospital bahagia..hehehe..
Aku nak jugak tanya korang…hurm..Apa pulak pandapat korang terhadap orang yang sabar ni??adakah mereka mudah dimanipulasikan atau tidak??adakah mereka terlalu naïf??Ceciter sikit..
Oklah…setakat ini sahaja bicara terhadap kesabaran..apapun “sabar separuh daripada iman,mutiara berharga bagi sebuah hati dan elemen yang penting dalam pembentukan jati diri kearah yang lebih baik..”
 

* kAsIh SeOrAnG iBu *

Setiap insan didunia ini semestinya mempunyai seorang ibu yang menjadi semangat dalam apa saja yang mereka lakukan. Kali ini, aku ingin berkongsi rasa bangga aku terhadap semua ibu-ibu didunia terutamanya ibu aku. Bagi aku, Ibu adalah seorang yang paling teristimewa. Lahirnya kita daripada perut seorang ibu. Pengorbanan seorang ibu tiada tolak banding dengan sesiapa sahaja diatas dunia ini. Melahirkan kita ibarat mempertaruhkan nyawa mereka sendiri…tetapi sedarkah kita tentang semua itu?? Apabila dewasa, kadangkala kita sibuk dengan urusan seharian..tanpa kita sedari ,dalam masa yang sama..kita mengabaikan ibu kita. Sedihnya..pilunya hati ibu, mereka sukar untuk mengungkapkan pada kita. Baginya kebahagiaan kita adalah kegembiraan baginya. Tetapi jauh disudut hati mereka, tentunya mereka sentiasa menginginkan kita selalu ada dengan mereka.
Aku sebagai anak, kamu juga sebagai anak tentunya juga pernah leka untuk mengambil tahu aktiviti seharian ibu kita. Janganlah begitu lagi..kalau boleh kita elakkan benda ini terjadi..SMS awek/pakwe tiap2 hari boleh je kita lakukan malah kita boleh je call mereka tanpa risaukan topup tetapi untuk bertanyakan perihal ibu kita???tepuk dada tanya selera..(peringatan untuk diri aku juga).
Ketahuilah sebesar mana kemarahan ibu terhadap anaknya, dalam hatinya sentiasa merindui anaknya. Bak bait2 sebuah lagu “marah bukan kebencian tapi tanda sayang”. Dan wahai anak-anak..janganlah menyakiti ibu. Fikirlah pengorbanan mereka sejak kita kecil hingga dewasa. Semasa kecil, andai kita terluka sedikit, tercalar dimana-mana, ibu menangis takut kehilangan kita. Apabila kita dewasa, dan berjaya..Ibu menangis kegembiraan..malah pada masa yang sama dia sanggup bersesak-sesak dan berpanas hujan untuk melihat konvokesyen kita..besarnya kasih ibu tanpa hiraukan kesihatan dirinya. Ya Allah..sungguh besar kasih ibu. Apabila kita sudah mampu membina kehidupan sendiri..ibu memerlukan perhatian anaknya pula. Dan pada masa ini janganlah kita membuat Ibu mengalirkan airmata dengan kelalaian kita.
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” (Riwayat al-Hakim). Jadi, semoga kita semua menjadi anak yang sentiasa menyejukkan hati ibu, dan sentiasa mengutamakan mereka dalam apa jua urusan. Keberkatan kita bergantung pada doa seorang ibu yang amat menyayangi anak mereka.
Ingatlah wahai kawan-kawan…Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

~HaRgAiLaH iNsAn BeRnAmA sAhAbAt~

Sahabat….
Sahabat yang baik,apabila dipandang wajahnya..
membawa mengingati ALLAH...
apabila tersenyum padanya...
 terasa ketenangan di jiwa..
apabila merenung matanya
terzahir kejujuran dari sinarannya..
Mendengarkan kata-katanya..
Menyejukkan hati y resah..
berbicara dengannya..
menghilangkan rasa gundah..
Melihat gerak gerinya..
Membuat aku kagum ..
kerana taatnya pada suruhan Ilahi..
meninggikan takutku kepada ALLAH...
kerana elok budi pekerti..
kerana elok bahasa ku dengari..
kerana sopannya menegur diri ini..
dan kerana kelembutannya...
berbicara menambat hati..
Berkawan dengannya..
Berjuang ku ke jalan ALLAH..
Berteman dengannya..
Terbit kekuatan di hati..
Bersahabat dengannya..
Tiada susah yang aku hdapi..
Hanya kehidupan yang penuh warna warni
Sahabat..
Tidak kusedar…
Bila diri ini menempatkan kalian dihati..
Tidak ku tahu…
Mengapa hti ini berasa senang tatkala kalian disisi..
Tidak jua ku fahami..
Mengapa diri ini..mudah berkongsi suka duka dihati..
Tidak dapat ku selami..
Sejak bila diri ini..menyayangi kalian seikhlas hati..
Atas nama sebuah persahabatan..
Yang tak mungkin dapat ditukar ganti..
Andai suatu hari nanti…
Kita tidak bersua lagi…
Andai suatu hari nanti…
Kita tidak berbicara lagi…
Andai suatu hari nanti..
Diri ku dibenci..
Andai suatu hari nanti…
Runtuh segala kemesraan ini…
Maafkanlah atas segala kekhilafanku..
Halalkan makan,minum dan ilmu yang dikongsi dulu..
Maafkan ku..
Atas segala ketidakpuasan hati…
Maafkan ku..
Terkadang tersalah bicara mengatur kata…
Maafkan ku..
Aku tetap aku…
Namun, ingatlah wahai sahabat..
Kita pernah tersenyum…tanda gembira..
Kita pernah menangis..tanda duka..
Kita pernah bahagia..bersama..
Sesungguhnya kita sentiasa bersama..
Aku hanya orang kecil..
Mungkin ada atau tidak dihti kalian…
Tidak member apa-apa makna…
Tetapi ingin ku luahkn disini…
Apa yang terpendam dihati…
Aku….ckup bersyukur…
Mengenali dan menjadi sahabat kalian…
Aku…cukup bertuah…
Kerana kalian, aku masih disini..
simpanlah ini sebagai kekuatan...
simpanlah ini sebagai kenangan..
jangan dibuang jangan dihilangkan...
tiada gantinya kalian di ingatan...
Kalianlah sahabatku yang terbilang…
Dunia dan akhirat...
أنا أحبك يا صديقي
 
 

~~nOtA bUaT sAhAbAt~~


Assalamualaikum.
Rasanya dah berkali-kali aku mengeluarkan entri tentang sahabat. Dan aku tak pernah jemu. Kali ini aku cukup rindukan seorang sahabat yang sentiasa membuat aku gembira. Cukup aku gelarkan nya sebagai Mr. H. Aku mengenalinya sejak aku memasuki Tingkatan 1 disebuah sekolah. Hubungan persahabatan kami bertambah rapat apabila kami memasuki tingkatan 3. Apa sahaja kami kongsi bersama-sama. Malah, dia selalu juga lepak kat rumah aku. Walaupun dia seorang “playboy” kat sekolah..aku tak kisah,yang penting aku selesa berkawan dengannya. Kadang-kadang aku juga menjadi orang tengah mengatur date dan memujuk awek dia. Sungguh,aku amat gembira berkawan dengannya. Dia buat aku lupa tentang segala masalah. Ketawa dan ketawa..Malah, aku dapat berkongsi apa sahaja dengannya. Pernah sekali, aweknya menyuruh aku memujuk dia untuk berjumpa,menyelesaikan masalah mereka. Aku pergi ke rumah si H dengan aweknya. Pada masa itu, pertama kali dalam persahabatan kami, aku melihat dia benar-benar marah. Tetapi tidak pula dia memarahi aku…aweknya yang menjadi mangsa..aku betul-betul rasa bersalah. Walauapapun, hubungan kami bertambah rapat semasa kami berada ditingkatan 5. Kehadiran aku sebagai sahabat disisi H banyak menimbulkan salah faham terhadap awek-awek yang meminatinya. Kadang-kadang aku terasa hati gak. Tetapi H tetap mahu berkawan dengan aku. Family aku juga sudah menganggap dia sebahagian daripada keluarga kami. Sebelum menerima keputusan SPM,aku telah bekerja disebuah kilang di Bandar. Pertama kali juga aku jauh daripada family dan H. ketika aku mendapat gaji yang pertama, H meminta aku membelikannya seutas jam tangan yang berharga RM10 sahaja sempena harijadinya. Dia terus-terusan berkeras mahukan jam yang berharga RM10. Sedangkan dia tahu aku mampu membeli harga yang lebih daripada itu. Aku bingung. Tetapi aku tetap tunaikan permintaannya. Hingga saat ini,aku masih teringat wajahnya menerima jam tersebut. Senyumannya melebar. 
Selepas mendapat keputusan SPM, aku dan dia mengikut haluan masing-masing. Tetapi hubungan kami tetap erat. Aku ingat lagi…apabila tibanya cuti semester, H pasti datang ke rumah aku. Aku juga tak lupa..aku sentiasa meminta pandangannya tentang perhubungan cintaku dengan sidia. H juga sama…apa sahaja yang berlaku perhubungan cintanya,aku menjadi tempat dia meluahkan rasa. Tetapi mungkin aku tak bernasib baik dalam percintaan..aku sering dikecewakan. H berjanji padaku untuk mencarikan aku seorang lelaki yang untuk aku. Tetapi itu dulu…Lama-kelamaan..entah dimana silapnya..hubungan persahabatan kami semakin renggang. Dia tidak lagi kerumahku. Setiap kali Hari Raya, aku tetap menunggunya seperti Hari Raya enam tahun lalu. Tetapi dia tetap tidak muncul. Panggilan dan SMS aku tidak lagi dia jawab. Pernah aku mengujinya dengan menggunakan no.lain tetapi sebaik sahaja mendengar suara aku,H terus menamatkan panggilan. Apa salah aku?? Aku pernah berusaha ke tempat pengajian H untuk berjumpa dengannya tetapi hampa. Akhirnya aku tahu..ada khabar mengatakan aku memburuk-burukkan H dibelakangnya. Ya Allah…sungguh besar fitnah itu..sehingga kini,walaupun aku sudah berusaha macam-macam untuk mengembalikan H yang dulu..tetapi masih tidak berhasil. Dia langsung tidak mempedulikan aku. Dan sekarang aku sedar, bahawa persahabatan kami dulu hanya cebisan kenangan. Mungkin aku yang terlalu menganggap dia sahabat sejatiku tetapi tidak bagi H. Mungkin juga alam dewasa ini telah menjarakkan segala kemesraan persahabatan kami. Aku pasrah walau pada masa yang sama aku masih mengharapkan H hadir dalam hidupku lagi sebagai sahabat yang pernah aku sayangi. Amat sayang.
Moral of the value..jangan terlalu rapat dengan kawan lelaki kerana disebalik persahabatan kita yang ikhlas itu, ada sesetengah insan lain mencemburuinya lantas menjadi duri dalam persahabatan tersebut..berhati-hatilah…
 

...mY fRiEnDs...

1 ary,kite jnji nk jumpe..
Akhirnya..sy smpai!sy lambai kt awk tpi awk tk endah..
Mungkin awk mrh sy sbb sy lambt..!!!
Sy dtg kt awk tpi awk x cam sy..
Tiba2 awk berlari smbil menangis..
Sy kejar awk..tiba2 awk berhenti..
Sy tk fhm kenapa air mata awk semakin bnyk menitis..!!!
Sy cube sentuh awk tpi tk dpt...
Sy cube tnye org kt situ tpi tkde org pun yg jwb..
Tiba2..sy tngk jasad sy terbaring kaku ditngh jln..
Tk sempt sy nk bagitau awk ..
Yg awk adalah org yg pling brmkna dlm hidup sy..
Tpi sy nk awk thu yg sy tkkn lupakan awk..
Sbb awk adalah org terbaik dlm hidup sy..
....أنا أحب أنتم....